top of page

Polisi Privasi

Kami komited untuk melindungi kerahsiaan maklumat peribadi anda.

 

Maklumat Am

​

MPSB Credit menghormati dan melindungi maklumat peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Polisi ini memperincikan bagaimana kami, Melati Panorama Sdn Bhd (“MPSB Credit”, Melati” atau “kami”) kumpulkan maklumat peribadi anda dan cara ia digunakan di laman web kami, MPSB Credit. Ia juga memberi penjelasan kepada anda tentang langkah perlindungan data peribadi yang telah kami sediakan. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemindahan, manipulasi, penyimpanan, pendedahan dan penggunaan lain maklumat anda hanya seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi tersebut.

 

​

Pengumpulan Data Peribadi

​

Untuk kami menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan yang dilancarkan dari semasa ke semasa (sama ada oleh kami atau dengan kerjasama Rakan Kongsi Kami) ("Produk dan/atau Perkhidmatan") dan untuk membolehkan kami beroperasi dengan cara yang cekap dan berkesan, kami mungkin telah mengumpul atau perlu mengumpul maklumat peribadi yang berkaitan daripada anda samaada secara manual atau melalui laman web kami sewaktu urusan semasa atau urusan masa hadapan anda dengan kami, anak syarikat kami, syarikat bersekutu kami (secara kolektif "Rakan kongsi kami").

 

Melainkan anda berdaftar untuk perkhidmatan dalam talian daripada MPSB Credit, anda akan kekal tanpa diketahui nama anda, apabila anda melayari laman web ini. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi (contohnya nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel anda) jika anda hanya melayari laman web ini.

 

Apabila menggunakan mana-mana perkhidmatan atau produk yang tersedia, anda mungkin diminta untuk memberikan Data Peribadi anda.

​

​

Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

​

Dengan menggunakan produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin mengumpul dan menggunakan data peribadi anda untuk kegunaan berikut:

​

Untuk mUntuk menghantar maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan yang kami jangka mungkin menarik minat anda.Untuk menghantar maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan yang kami jangka mungkin menarik minat anda.enghantar maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan yang kami jangka mungkin menarik minat anda.

​

Untuk membolehkan anda mengakses dan menggunakan perkhidmatan MPSB Credit.

​

Untuk memperibadikan dan meningkatkan aspek keseluruhan perkhidmatan kami kepada anda dan pengguna kami yang lain, serta menjalankan penyelidikan seperti menganalisa arah aliran pasaran dan demografi pelanggan.

​

Untuk merujuk anda kepada produk kewangan dan/atau institusi kewangan (atau wakil sah mereka) yang ditentukan oleh anda selepas melengkapkan borang permohonan di laman web kami.

 

Untuk berkomunikasi dengan anda, bagi mengesahkan maklumat peribadi yang diberikan, atau untuk meminta sebarang maklumat tambahan yang penting untuk memenuhi perkhidmatan yang telah anda pohon.

​

Untuk mematuhi mana-mana kaedah, undang-undang dan peraturan yang berkenaan, kod amalan atau garis panduan atau untuk membantu dalam penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.\

​

​

Cara Kami Mengumpul Data Peribadi

​

Dengan menggunakan produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin mengumpul dan menggunakan data peribadi anda untuk kegunaan berikut:

 

(a) Untuk kegunaan umum atau dikumpulkan oleh teknologi. Kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menjawab permintaan yang anda buat atau untuk membantu kami dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, samaada melalui cara teknologi atau sebaliknya, untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut:

​

  • untuk menilai permintaan anda dan menyediakan Perkhidmatannya;  untuk mengesahkan kedudukan kewangan dan kelayakan kredit anda melalui rujukan kredit/pemeriksaan pelaporan;

  • untuk memudahkan penghasilan dan menjamin Akaun anda di rangkaian kami;

  • untuk mengenal pasti anda sebagai pengguna dalam sistem kami;

  • untuk menyediakan pentadbiran yang lebih baik bagi Perkhidmatan kami;

  • untuk memberitahu pelawat tentang kemaskini kepada Perkhidmatan kami;

  • untuk mempromosikan Perkhidmatan kami; atau produk, perkhidmatan dan tawaran istimewa produk dan perkhidmatan pihak Ketiga, yang kami rasakan mungkin menarik minat anda;

  • untuk menambah baik dan menyesuaikan kualiti pengalaman anda dengan Perkhidmatan kami;

  • untuk mengemaskini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami;

  • untuk menghantar e-mel alu-aluan kepada anda dan untuk mengesahkan pemilikan alamat e-mel tersebut;

  • disediakan apabila Akaun anda dihasilkan;

  • untuk menjawab pertanyaan atau lain-lain permintaan anda;

  • untuk menghantar tawaran dan bahan-bahan promosi yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami dan untuk lain-lain tujuan pemasaran;

  • untuk menambah baik dan menyesuaikan kualiti pengalaman apabila anda berinteraksi dengan Laman Web dan Perkhidmatan;

  • untuk tujuan menguatkuasakan atau mempertahankan hak undang-undang kami dan/atau mendapatkan nasihat undang-undang termasuk untuk mendapatkan kembali sebarang hutang yang terhutang kepada kami;

  • untuk membantu dalam pencegahan, pengesanan atau penyiasatan jenayah atau kemungkinan aktiviti jenayah atau untuk pentadbiran keadilan;

  • untuk sebarang tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana- mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan;

  • untuk tujuan keselamatan dan audit dalaman;

  • untuk tujuan lain yang mungkin diarahkan atau dipersetujui oleh anda; dan

  • untuk semua tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan dengan perkara diatas.

 

(b) Untuk menghantar maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan yang kami jangka mungkin menarik minat anda.

 

(c) Untuk membolehkan anda mengakses dan menggunakan perkhidmatan MPSB Credit.

 

(d) Untuk memperibadikan dan meningkatkan aspek keseluruhan perkhidmatan kami kepada anda dan pengguna kami yang lain, serta menjalankan penyelidikan seperti menganalisa arah aliran pasaran dan demografi pelanggan.

 

(e) Untuk merujuk anda kepada produk kewangan dan/atau institusi kewangan (atau wakil sah mereka) yang dipilih oleh anda selepas melengkapkan borang permohonan di laman web kami.

 

(f) Untuk berkomunikasi dengan anda, bagi mengesahkan maklumat peribadi yang diberikan, atau untuk meminta sebarang maklumat tambahan yang penting untuk memenuhi perkhidmatan yang telah anda pohon.

 

(g) Untuk mematuhi mana-mana kaedah, undang-undang dan peraturan yang terpakai, kod amalan atau garis panduan atau untuk membantu dalam penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

 

 

Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul dan Cara Kami Mengumpulnya

​

“Maklumat Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, membolehkan seseorang mengenali anda, termasuklah, sebagai contoh, nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat tentang transaksi anda berhubung dengan Perkhidmatan seperti maklumat kewangan anda, aktiviti akaun serta sebarang maklumat bukan awam yang lain tentang anda berkaitan atau yang dikaitkan dengan mana-mana data diatas atau sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan permohonan anda untuk Perkhidmatan yang wujud daripada transaksi anda dengan kami.

​

“Maklumat Tanpa Nama”, bermaksud, data yang tidak berkaitan dengan atau dikaitkan dengan Maklumat Peribadi anda termasuklah, maklumat agregat. Maklumat Tanpa Nama tidak, dengan sendirinya, membenarkan pengenalan orang-orang individu. Untuk membolehkan kami memberikan anda Perkhidmatan, kami mungkin perlu dan/atau mungkin diperlukan untuk mengumpul, merekod, memegang, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (“memproses”) Maklumat Peribadi dan Maklumat Tanpa Nama, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:

​

(a) Maklumat yang anda berikan kepada kami melalui hubungan anda dengan kami, termasuklah tetapi tidak terhad kepada, maklumat yang anda berikan semasa menggunakan Perkhidmatan, apabila mengambil bahagian dalam tinjauan pelanggan, pertandingan dan promosi. Contohnya termasuklah:

​

  • Maklumat Peribadi daripada anda, seperti nama pertama dan keluarga anda, gambar profil, jantina, umur, etnik, status perkahwinan, tahap pendidikan, minat, hobi, maklumat berasaskan lokasi yang tepat, alamat surat menyurat dan e-mel, nombor telefon, nombor ID peranti, dan kata laluan apabila anda menghasilkan akaun untuk Perkhidmatan kami (“Akaun”), dan sebarang maklumat lain yang anda berikan secara langsung kepada kami melalui Perkhidmatan (termasuklah, tetapi tidak terhad kepada mesej yang anda hantar melalui Perkhidmatan).

  • Maklumat Peribadi untuk menetapkan kedudukan kewangan anda, kelayakan kredit dan/atau kesesuaian untuk mana-mana Perkhidmatan kami yang telah anda pohon.

  • Maklumat yang anda dedahkan melalui interaksi anda dengan kami.

  • Maklumat yang diperlukan untuk kami menyediakan Perkhidmatan.

  • Maklumat seperti fail dan mesej yang anda simpan menggunakan Akaun anda.

  • Maklumat daripada komunikasi bertulis apabila anda memberikan maklum balas kepada kami atau menghubungi kami contohnya nama dan alamat e-mel anda, serta sebarang kandungan lain yang disertakan dalam e-mel, bagi membolehkan balasan dihantar kepada anda.

 

(b)  Maklumat yang anda berikan melalui sebarang hubungan lain dengan ahli gabungan kami yang termasuk syarikat induk, anak syarikat, mana-mana syarikat bersekutu atau syarikat berkaitan kami, termasuklah mana-mana syarikat yang wujud dari sebarang penstrukturan semula, penggabungan, penjualan atau pemerolehan (“Ahli Gabungan”).

​

(c) Maklumat yang diperolehi dari analisa pembayaran anda dan/atau transaksi/perkhidmatan lain dalam kumpulan syarikat kami (kami dan Ahli Gabungan kami) dan data sedemikian yang mungkin disediakan oleh rakan kongsi pihak ketiga kami.

 

(d) Maklumat daripada pihak ketiga termasuklah tetapi tidak terhad kepada, rakan kongsi kami, majikan, pemegang Akaun bersama, wakil yang diberi kuasa, persatuan berkaitan industri/kewangan, agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, agensi penguatkuasaan undang-undang, peruncit, rangkaian sosial dan/atau organisasi lain.

 

(e) Maklumat daripada Agensi Pelaporan Kredit/Biro Kredit termasuklah tetapi tidak terhad kepada, Central Credit Reference Information System (“CCRIS”), CTOS Data System Sdn. Bhd. (“CTOS”), dan/atau Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd (“Experian”), sebuah agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Credit Reporting Agencies Act 2010 (“CRA”), yang menjalankan sebarang kredit/dagangan.

 

(f) Maklumat daripada sumber lain yang telah anda berikan persetujuan untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda dan/atau jika tidak terhad.

​

​

MPSB Credit mengumpul maklumat peribadi anda apabila anda:

 

Pilih untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan dalam talian kami seperti alat perbandingan pinjaman kami atau apabila anda mendaftar untuk surat berita mingguan kami.

​

Memohon produk atau perkhidmatan daripada laman web kami.

​

Maklumat yang dikumpul ini terdiri daripada maklumat yang disampaikan kepada kami apabila anda secara sukarela melengkapkan borang permohonan yang dimuatkan di laman web kami yang membolehkan anda dikenalpasti. Setelah memberikan maklumat peribadi secara sukarela, anda bersetuju untuk menyampaikan maklumat tepat yang tidak menjejaskan kepentingan mana-mana pihak ketiga.

 

​

Mengekalkan dan Menyalurkan Maklumat Mengenai Anda

​

MPSB Credit menyimpan maklumat peribadi dan kewangan anda hanya selagi ianya diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda.

​

Walaubagaimanapun, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada kategori pihak ketiga berikut seriringan dengan tujuannya:

​

  • Anak syarikat kami, syarikat bersekutu atau berkaitan;

  • Juruaudit kami, perunding perniagaan, peguam atau penasihat profesional dan/atauperunding lain yang kami anggap perlu dan sesuai;

  • Mana-mana orang yang kami terpaksa atau dikehendaki dibawah undang-undang atau sebagai maklumbalas kepada pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan, pengawalselia industri, agensi penguatkuasaan, pihak berkuasa berkanun, mahkamah undang-undang, tribunal, pusat timbangtara, suruhanjaya atau majlis atau persatuan yang dibenarkan secara sah mengikut undang-undang;

  • Mana-mana Agensi Pelaporan Kredit yang berkaitan untuk tujuan menjalankan atau terus menjalankan pemeriksaan kredit untuk semakan kredit, penilaian kredit, tujuan kutipan hutang dan dokumentasi undang-undang berikutan dengan kontrak atau kemudahan yang diberikan atau yang akan atau yang akan terus diberikan oleh institusi kewangan atau orang lain.

​

​

Data Peribadi Yang Mungkin Dikumpul oleh MPSB Credit

​

Jika anda ingin memohon produk atau perkhidmatan melalui MPSB Credit, kami mungkin memerlukan anda memberikan kami maklumat peribadi anda seperti nama, e-mel dan telefon anda, dan maklumat demografi, seperti umur, jantina, status perkahwinan, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, maklumat kediaman, aset dan liabiliti, yang anda berikan secara sukarela kepada kami [apabila anda mendaftar dengan Laman [atau aplikasi mudah alih kami]. Anda tidak bertanggungjawab untuk memberikan kami maklumat peribadi dalam apa jua bentuk, walaubagaimanapun keengganan anda untuk berbuat demikian boleh menghalang anda daripada menggunakan ciri tertentu Laman [dan aplikasi mudah alih kami].

 

Ambil perhatian bahawa senarai di atas tidak lengkap dan hanya termasuk maklumat kewangan yang paling biasa dikumpul.

 

​

Cookies

 

MPSB Credit boleh menggunakan "cookies" untuk mengumpul maklumat tentang cara laman web atau aplikasi kami digunakan. Maklumat, seperti server yang komputer anda log masuk, jenis browser anda (contohnya, Internet Explorer atau Google Chrome), dan samaada anda memaklumbalas iklan di laman web MPSB Credit atau aplikasi atau apabila e-mel dikumpul dan dijejaki, bagaimanapun, ini dilakukan secara agregat dan tidak dikaitkan dengan anda secara peribadi.

​

​

Hak Anda

 

Pembetulan Data Peribadi

 

Anda boleh pada bila-bila masa membuat permintaan bertulis kepada MPSB Credit untuk membetulkan mana-mana data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini dan setelah menerima permintaan bertulis anda untuk pembetulan, MPSB Credit akan mengambil semua langkah yang perlu untuk membetulkannya dan memberi efek kepada pembetulan tersebut.

​

​

Akses kepada Data

 

Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami sekiranya anda ingin mengakses data anda atau untuk membetulkan maklumat peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini atau sekiranya anda ingin menarik balik kebenaran untuk penggunaan maklumat peribadi anda.

​

​

Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

​

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang (termasuklah peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada kami dan Ahli Gabungan kami (sama ada didalam atau diluar Malaysia) dengan menggunakan Laman Web dan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan pendedahan Maklumat Peribadi anda seperti yang diterangkan dibawah dan ditempat lain dalam Notis Privasi ini:

​

(a) Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga. Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan Ahli Gabungan kami, dalam hal ini kami akan memerlukan Ahli Gabungan kami untuk menghormati Notis Privasi ini.

 

(b) Ahli Gabungan. Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan Ahli Gabungan kami, dalam hal ini kami akan memerlukan Ahli Gabungan kami untuk menghormati Notis Privasi ini.

 

(c) Rakan Kongsi Platform. Apabila Perkhidmatan ditawarkan atau dipromosikan kepada anda melalui kerjasama dengan rakan kongsi platform pihak ketiga, kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan rakan kongsi tersebut untuk tujuan analitik, pelaporan, pengurusan risiko, pengurusan pelanggan dan/atau pentadbiran.

 

(d) Kami Tidak Berkongsi Maklumat Peribadi dengan Pengiklan, tetapi… kami, walau bagaimanapun, membenarkan pengiklan meminta agar iklan mereka ditujukan kepada pengguna tertentu (contohnya, pengguna di lokasi geografi tertentu, atau umur, jantina dan/atau dengan kepentingan tertentu). Apabila anda berinteraksi dengan iklan tertentu, pengiklan (atau syarikat yang pengiklan bekerja bersama, sebagai contoh, agensi pengiklanan atau rangkaian pengiklanannya) mungkin menentukan ciri tertentu tentang anda.

 

(e) Pihak Ketiga yang diarahkan atau dipersetujui oleh anda. Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan mana-mana orang yang diarahkan atau dipersetujui oleh anda.

​

(f) Penasihat Profesional. Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan penasihat profesional kami termasuklah tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang, penasihat cukai, penasihat kewangan, juruaudit, broker insurans dan lain-lain.

 

(g) Pemungut Hutang/Agensi Pengutip Hutang, Agensi Kawal Selia atau Perunding. Kami mungkin menggunakan atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada mana-mana pemungut hutang/agensi pengutip hutang, agensi kawal selia, atau perunding, mengikut budi bicara mutlaknya yang dianggap perlu untuk tujuan penguatkuasaan mana-mana hak dibawah terma dan syarat kami.

 

(h) Agensi Pelaporan Kredit/Biro Kredit, Bank dan/atau Institusi Kewangan. Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada manamana agensi pelaporan kredit/biro kredit, bank dan/atau institusi kewangan.

 

(i) Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Berkanun, Agensi Penguatkuasa Undang-undang di bawah undang-undang. Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada mana-mana Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Berkanun dan/atau Agensi Penguatkuasaan Undang-undang.

 

(j) Biro/Agensi yang ditubuhkan di bawah Bank Negara Malaysia. Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada mana-mana Biro atau Agensi yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia termasuklah tetapi tidak terhad kepada CCRIS.

bottom of page